• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP 3.0 Dilanjutkan Sehingga 28 Jun

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, supaya SPP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

“Sehubungan dengan itu, PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871 kes,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, senarai positif dan negatif serta prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti diumumkan sebelum ini.

“Mengenai senarai berkenaan, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di www.mkn.gov.my.

“Memandangkan semua senarai positif, negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya.

Kerajaan melaksanakan PKP 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) bagi mengekang penularan Covid-19.

Di bawah PKP 3.0, kerajaan menutup penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara kecuali sektor dan perkhidmatan perlu disenaraikan MKN. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakanPKP 3.0Sekatan Pergerakan Penuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

16 Jun Bakal Jadi Penentu

Next Post

Kes Sembuh COVID-19 Tertinggi Hari Ini

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

Next Post

Kes Sembuh COVID-19 Tertinggi Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd