• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PICK Lakar Sejarah Tersendiri, Pelaksanaan Kian Rancak

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melakar sejarah tersendiri dan semakin rancak dengan pelbagai pengisian, selepas 100 hari dilancarkan dalam usaha memerangi pandemik itu.

Apa yang direncana dan dibayangkan sejak negara dilanda pandemik COVID-19 lebih setahun lalu, nyata semakin hampir menemui noktah apabila sasaran 80 peratus rakyat divaksin bagi mencapai imuniti kelompok, menunjukkan perkembangan positif.

Fasa Pertama PICK bermula secara rasmi dengan pemberian suntikan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan petugas barisan hadapan, selain pendaftaran dibuka kepada orang ramai melalui aplikasi MySejahtera, 24 Februari lalu.

Serentak itu, operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut dibuka selepas negara menerima bekalan pertama vaksin Comirnaty, 21 Februari lalu, diikuti CoronaVac keluaran Sinovac, enam hari kemudian.

Prestasi pelaksanaan PICK semakin rancak apabila Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) julung kali memberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan kepada vaksin CoronaVac dan AstraZeneca, 2 Mac lalu.

Ia kemudian disusuli kejayaan PICK memperluas fungsi aplikasi MySejahtera yang membolehkan pendaftaran vaksinasi bagi tanggungan masing-masing, 19 Mac lalu.

Seterusnya, projek rintis vaksinasi secara pandu lalu membabitkan 123 petugas kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, diperkenalkan pada 22 Mac lalu.

Kerancakan PICK terserlah apabila 500,000 penerima dos pertama seperti yang disasarkan dalam Fasa Pertama pelaksanaannya, berjaya dicapai pada 2 April lalu. 

Peralihan ke Fasa Kedua juga mencatat perkembangan memberangsangkan apabila lebih 1 juta dos vaksin diberi pada hari pertama pelaksanaannya, 12 April lalu, disusuli 500,000 individu melengkapkan vaksinasi mereka pada 25 April.

Negara kemudian menerima bekalan pertama tempahan vaksin AstraZeneca membabitkan 268,800 dos melalui fasiliti COVAX, 23 April lalu.

Pelaksanaan PICK ternyata berjaya meraih keyakinan orang ramai apabila 268,000 slot janji temu sukarela bagi vaksin AstraZeneca habis ditempah kira-kira tiga jam selepas sesi pendaftaran dibuka, 2 Mei lalu. 

Tidak hanya terhenti di situ, PPV klinik pengamal perubatan am swasta (GP) mula beroperasi pada 4 Mei lalu, menandakan kerjasama kerajaan dengan sektor swasta bagi meningkatkan kapasiti vaksinasi negara.

Malah, PICK dirancakkan lagi dengan pelaksanaan inisiatif pengambilan vaksin AstraZeneca di empat PPV dibuka di Kuala Lumpur dan Selangor, 5 Mei lalu.

PPV terbabit ialah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam.

Jumlah penerima vaksin terus melonjak apabila lebih sejuta individu direkodkan menerima sekurang-kurang satu dos pelalian itu, setakat 6 Mei lalu. 

Angka itu terus mencatat peningkatan apabila lebih dua juta dos berjaya diberikan, selain kadar vaksinasi negara mencecah 75,000 dan 100,000 dos sehari, masing-masing pada 18 dan 27 Mei lalu. 

Rentetan kejayaan pendaftaran sukarela vaksin AstraZeneca, kerajaan kemudian membuka pusingan kedua bagi penduduk di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak dengan keutamaan diberi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, 23 Mei lalu.

Ia kemudian diperluaskan kepada rakyat berusia 18 tahun di negeri sama membabitkan sebanyak 1,261,000 dos ditawarkan, tiga hari kemudian.

Kerajaan seterusnya mengaktifkan penyertaan 12 hospital swasta bagi pusingan pertama pemberian vaksinasi menerusi PICK, selain projek rintis vaksinasi pandu lalu HUSM Kubang Kerian meneruskan ujian kedua ke atas 131 individu, 25 Mei lalu.

Coretan sejarah pelaksanaan PICK diteruskan menerusi vaksinasi pertama gelandangan bawah Kementerian Wilayah Persekutuan di Anjung Kelana, Taman Desa, 28 Mei lalu. 

Malah, PPV mega di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) diaktifkan dengan anggaran sebanyak 12,000 dos diberi pada minggu pertama operasinya, sejak 31 Mei lalu. – BH Online

Tags: pandemik COVID-19PICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd