• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Media Terima Vaksin COVID-19 Rabu Ini

oleh
07/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan petugas media negara akan mendapat suntikan vaksinasi COVID-19, bermula Rabu ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata petugas media termasuk wartawan dan jurugambar akan mula mendapat janji temu bermula hari ini. 

“Bermula hari ini, akan ada petugas media yang akan mendapat janji temu. Bagaimanapun, senarai jumlah sebenar petugas media ini sedang disemak di peringkat akhir ini,” katanya kepada media selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC, yang mula beroperasi, hari ini. 

Isu mengenai suntikan vaksin COVID-19 kepada petugas media mula diperkatakan sejak bulan lalu kerana kumpulan pekerja ini masih belum memperoleh suntikan vaksin biarpun program vaksinasi negara bermula sejak beberapa bulan lalu.

Semalam, tanda pagar #CucukMyPress sudah dimulakan petugas media seluruh negara, berikutan tarikh temujanji vaksin itu masih belum tiba meskipun dijanjikan pada awal bulan ini.

Khairy dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 28 April lalu, mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei. – BH Online

Tags: petugas mediavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan seorang petugas media di...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd