Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

Penjaga Rumah Urut Didakwa...

IPOH - Seorang penjaga rumah urut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Kes Bunuh Tapah: 2...

TAPAH - Mekanik dan anak lelakinya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan empat...

‘Kebolehjangkitan Meningkat, Kekal Patuhi...

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu mengukuhkan langkah pencegahan selepas kadar kebolehjangkitan COVID-19...

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.6 juta rakyat akan mendapat manfaat menerusi inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman, sekali gus berupaya menghadapi tempoh yang sukar ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai keseluruhan inisiatif itu dianggarkan berjumlah RM400 juta yang bakal memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

“Beberapa agensi kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dengan pemberian moratorium bersasar kepada peminjamnya.

“Penangguhan bayaran pinjaman pendidikan itu membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan moratorium selama tiga bulan kepada peminjamnya.

“Selain itu, bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan turut ditangguhkan sehingga enam bulan,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Seterusnya, beliau berkata, penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.

Katanya, kerajaan juga setuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan. – BH Online

Kategori