• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Pemulihan Negara Pastikan Perancangan Lebih Tersusun

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID-19.

Pensyarah Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata pelan berkenaan amat jelas dan boleh dijadikan sandaran kerajaan untuk mencapai pemulihan dari cabaran pandemik itu.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan pelan itu amat bergantung kepada kerjasama rakyat dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan, selain faktor sampingan seperti varian baharu COVID-19 serta tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai.

Muhyiddin berkata, pelan itu diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober.

Perdana Menteri berkata, pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri pula melihat sasaran pelan pemulihan berkenaan yang membabitkan pembukaan penuh semua sektor pada jangkaan seawal November atau Disember amat bersesuaian dengan situasi semasa negara. 

Bagaimanapun, katanya, tempoh empat bulan mendatang iaitu dari Julai hingga Oktober akan menentukan sama ada pelan itu mampu mengembalikan atau tidak kehidupan normal rakyat atau sekurang-kurangnya dengan kelonggaran pelbagai SOP.

“Pelan yang dirangka ini adalah sesuai dengan jangka masa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menyasarkan kita mencapai imuniti kelompok namun saya rasa ia boleh ditambah baik dengan penyelarasan pelbagai program bantuan kewangan untuk rakyat terjejas,” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berpendapat empat fasa dalam Pelan Pemulihan Negara sangat penting untuk negara memandangkan terdapat banyak perkara yang perlu diselesaikan secara teratur.

“Pandangan saya, pentingnya fasa ini kerana perkara yang hendak diselesaikan ini perkara besar, secara logiknya perlu bertahap untuk tempoh pemulihan. 

“Untuk mencapai imuniti berkelompok sehingga 80 peratus memerlukan masa namun perlu diakui proses vaksinasi perlu disegerakan dan soal pemulihan ekonomi juga perlu dipercepatkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata pelan itu akan banyak membantu dalam melaksanakan langkah pemulihan kerajaan negeri itu.

Dalam kenyataan malam tadi, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Sabah akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan pelan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19Pelan Pemulihan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Urus Lengkapkan Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan Paling Terjejas

14/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menyifatkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) sebagai melengkapkan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd