• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Pemulihan Negara Demi Nyawa, Kelangsungan Hidup Rakyat

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan selepas mengambil kira pertimbangan bagi memastikan keputusan diambil menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut penularan COVID-19 susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam sistem kesihatan awam.

Pada masa sama, katanya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan pelan berkenaan.

“Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu menunjukkan tanda positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

“Kes harian COVID-19 berjaya diturunkan dari rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada Mei, kepada 5,419 kes semalam. Kita berharap kes akan terus menurun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada COVID-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.

Strategi itu merangkumi empat fasa bermula bulan ini hingga Disember dan membabitkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat dengan setiap fasa pemulihan berpaksikan data bersandarkan tiga indikator ambang utama.

Tiga petunjuk itu adalah kadar penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi, iaitu berdasarkan peratusan populasi yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 13 lokaliti sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang; Mukim Pekan, Kunak, Sabah dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah ditamatkan esok mengikut jadual.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini melakukan 3,582 ujian saringan dan 249 daripadanya disahkan positif COVID-19 di 13 lokaliti berkenaan.

Katanya, di Mukim Pekan, Kunak pula KKM melakukan 1,986 ujian saringan dan 158 disahkan positif wabak terbabit.

“KKM juga melakukan 495 ujian saringan dan 200 positif COVID-19 di SMU Pantai Manis.

“Pihak kementerian mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah menerima rawatan di semua lokaliti itu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di lokasi terbabit pada 17 Jun seperti dijadualkan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Pelan Pemulihan Negaraperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd