• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Anggap Kerajaan Baharu Israel Bakal Lebih Ekstrem

oleh
14/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Kumpulan pejuang Hamas pada Ahad berkata mereka tidak mengharapkan berlakunya perubahan positif daripada kerajaan Israel pasca-Netanyahu, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kami tidak mengharapkan perubahan dalam kerajaan penceroboh, kerana mereka bersatu dengan dasar membunuh dan merampas hak Palestin,” tulis jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri di Twitter.

Abu Zuhri mengaitkan kegagalan bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membentuk kerajaan sebagai ‘kemenangan’ dalam pertempuran 11 hari antara Hamas dan Israel pada Mei.

Di bawah perjanjian gabungan baharu antara lapan parti Israel, Perdana Menteri Neftali Bennett akan menerajui pentadbiran Israel selama dua tahun diikuti parti Yair Lapid untuk tempoh dua tahun berikutnya.

Pembentukan kerajaan baharu itu sekali gus menandakan berakhirnya pemerintahan 12 tahun Netanyahu.

Setiausaha Agung Pergerakan Inisisatif Kebangsaan Palestin Mustafa Barghouti, memberi amaran bahawa kerajaan Bennett akan menyokong penyelesaian pendudukan haram dan diskriminasi kaum serta dilihat bakal lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelum ini.

“Kerajaan baharu ini tiada bezanya dengan pemerintahan Netanyahu, kerana ia adalah kerajaan penjajah, penceroboh dan mengamalkan diskriminasi kaum seperti kerajaan sebelum ini dan bahkan lebih teruk,” kata Barghouti.

Ia dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Bennett pada Ahad mengenai perluasan kawasan penempatan ke kawasan C Tebing Barat.

Di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan pihak berkuasa Palestin, Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dibahagikan kepada tiga bahagian – Kawasan A, B, dan C – dengan kawasan C di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Israel sehingga perjanjian akhir dengan Palestin dicapai.

Barghouti menyeru warga Palestin dan dunia untuk menghadapi ‘kerajaan perkauman’ melalui cara penentangan, boikot, dan sekatan. – BERNAMA

Tags: HamasIsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd