• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Patuh Secara Besar-Besaran Di Seluruh Negara

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dikenali sebagai Op Patuh dilancarkan secara besar-besaran.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Op Patuh memberikan lebih fokus dan bersepadu terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP dalam kalangan kilang dan premis perniagaan yang beroperasi.

“Ia termasuk penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, sekatan jalan raya bergerak akan ditumpukan di kawasan-kawasan hotspot Covid-19 di seluruh negara terutamanya di kawasan perkilangan dan perindustrian utama.

“Ia termasuk penggunaan aset-aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan yang akan diatur gerak secara bersepadu seperti helikopter dan dron bagi pemantauan yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata, KDN telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai dan mengkoordinasi aspek penguatkuasaan pematuhan SOP dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehubungan itu, peranan Pasukan Petugas Khas yang sebelum ini dikendalikan MKN akan diambil alih oleh KDN bagi meneliti setiap aduan awam yang diterima, termasuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap aduan tersebut,” katanya.

Sehingga 24 Jun, sejumlah 123,469 premis dan 21,919 kilang telah diperiksa di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 885 kompaun telah dikeluarkan dengan 265 premis sudah diarahkan tutup. – Sinar Harian

Tags: Covid-19langgar SOPOp Patuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd