• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Syarikat Facebook Lebih RM4.15 Trilion

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Saham Facebook meningkat pada Isnin sekali gus menyebabkan nilai syarikat gergasi media sosial tersebut melonjak kepada lebih AS$1 trilion (RM4.15 trilion) buat pertama kalinya.

Facebook merupakan syarikat kelima di Amerika Syarikat (AS) yang berjaya mencecah nilai tersebut dan mengikuti jejak Apple, Microsoft, Amazon dan syarikat induk Google, Alphabet.

Syarikat itu membuat tawaran awam awal (IPO) pada Mei 2012 pada harga hanya RM38 (RM157.77) sesaham dengan model sebanyak AS$104 bilion (RM431.79 bilion).

Pada Isnin, harga saham syarikat berkenaan naik hampir lima peratus kepada AS$357.89 (RM1,485) selepas seorang hakim mahkamah daerah AS, James Boasberg di Washington memutuskan untuk menggugurkan kes Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan terhadap Facebook.

Suruhanjaya itu menyaman Facebook pada Disember tahun lalu bersama 48 ketua peguam negeri AS yang mendakwa syarikat berkenaan terlibat dalam strategi sistematik untuk menghapuskan ancaman terhadap kuasa monopolinya.

Bagaimanapun, hakim AS berkenaan pada Isnin menyatakan pihak suruhanjaya tersebut gagal mengemukakan bukti mencukupi bahawa Facebook mempunyai kuasa monopoli di pasaran untuk perkhidmatan rangkaian sosialnya. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatfacebookmedia sosialSaham
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd