Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kes Covid-19 Luar China...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang direkodkan...

Muhyiddin Antara Calon Menteri...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub menafikan Pakatan...

Perlu Siasat Jika Ada...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sekiranya terdapat sebarang...

Undian Baitulmuqaddis Bukti Jelas...

KUALA LUMPUR – Undi majoriti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) menolak keputusan...

Negara Alami Kerugian RM1 Bilion Sehari

KUALA LUMPUR – Negara mengalami kerugian RM1 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan ini berbeza dengan situasi PKP tahun lalu kerana ketika itu belum mempunyai vaksin Covid-19.

Menurutnya, satu-satunya jalan keluar ketika itu adalah PKP dan tindakan kesihatan awam untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Saya sudah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial hari ini.


Beliau berkata, kerajaan hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam usaha keluar daripada krisis dan demi kesihatan serta kelangsungan hidup.

Untuk rekod, tahun lalu negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP.

Jumlah kerugian yang dialami kerajaan sejak 18 Mac sehingga Mei 2020 adalah sebanyak RM63 bilion. – myMetro Online

Kategori