• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Beri Bayangan PRU15 Selepas Belanjawan 2022

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada akhir tahun ini iaitu selepas Belanjawan 2022 dibentangkan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian yang mendedahkan perkara itu berkata, gambaran berkenaan diberikan Muhyiddin ketika mesyuarat Bersatu Johor yang berlangsung secara maya pada 16 Jun lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PRU15 dapat dilaksanakan seandainya Belanjawan 2022 di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri selesai dilakukan.

“Jika Belanjawan 2022 sudah lulus dan diumumkan di peringkat Persekutuan, kena tengok juga negeri-negeri. Kalau belum umum, kena tunggu negeri-negeri dahulu.

“Kemungkinan besar PRU15 akan diadakan pada akhir tahun ini sama ada November atau Disember. Lagipun tiada yang mustahil kerana ada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dilakukan selepas Belanjawan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya musim hujan berlaku di kebanyakan negeri terutama di pantai timur disebabkan monsun timur laut pada ketika itu, tidak mustahil PRU15 akan ditunda sehingga awal tahun hadapan.

“PRU15 akan diadakan sekiranya kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan sebagaimana disasarkan kerajaan, selain berjaya membentuk imuniti kelompok 60 hingga 80 peratus penduduk yang telah divaksin di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, menerusi mesyuarat Bersatu Johor yang dipengerusikan Muhyiddin selaku Presiden parti, pelbagai isu lain turut disentuh termasuk bantuan kepada rakyat dan langkah menangani penularan Covid-19.

Selain itu, katanya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk melakukan persediaan menyediakan bahan-bahan pilihan raya untuk diedarkan ke bahagian-bahagian.

“Parti sudah bersedia pada bila-bila masa untuk hadapi PRU. Persediaan itu bermaksud kita memperkukuhkan lagi gerak kerja dan memperbaiki kelemahan.

“Persediaan daripada bilik gerakan sehingga latihan-latihan asas di mana sebahagian ketua- ketua bahagian masih baharu perlu diberikan seminar,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Belanjawan 2022BERSATUMuhyiddin YassinPRU15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd