• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Keluar Nota Bantahan, Panggil Duta Besar China

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan pesawat tentera udara China yang memasuki ruang udara Malaysia. 

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan malam ini berkata, kementerian juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung pelanggaran ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF).

“Pendirian Malaysia jelas – mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya. 

Hishammuddin juga berkata, beliau akan menyampaikan kebimbangan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawatnya di China.

Hari ini, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, mengesan 16 pesawat PLAAF memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Beliau berkata, penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada11.53 pagi. – BERNAMA

Tags: Duta Besar ChinaHishammuddin Tun Husseinpesawat chinaPLAAF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

21 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Taiwan

21 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Taiwan

02/03/2023
0

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara itu dalam tempoh 24 jam. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Malaysia Panggil Duta, Bantah Pencerobohan Kapal China

05/10/2021
0

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memanggil Duta Besar China pada Isnin untuk menyatakan pendirian dan bantahan terhadap keberadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd