• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kibar Bendera Putih Tanda Protes Terhadap Ahli Parlimen

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menetap di sekitar Ampang, di sini bertindak mengibarkan bendera putih selepas mendakwa diabaikan oleh ahli Parlimen kawasan berkenaan.

Foto lelaki berkenaan yang bertindak demikian mula tular di media sosial sejak Rabu dan turut mendapat perkongsian daripada para netizen.

Menurut perkongsian laman Facebook Friends of Selangor, lelaki itu dipercayai merupakan penduduk setinggan yang menetap di sekitar kawasan 3 Towers, Ampang Hilir, di sini.

Selain itu, pengasas #WeListenPack dikenali sebagai Kak Mira menerusi ciapan di laman Twitter turut memaklumkan lelaki itu dikenali sebagai Pak Atan oleh penduduk setempat malah dia juga telah mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini.

Katanya, tindakan Pak Atan mengibarkan bendera putih adalah sebagai tanda protes terhadap kegagalan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk membela nasibnya.

“Dia bukan kibar bendera putih sebab tak ada makanan ya, diorang (mereka) dah dibantu team kami beberapa hari lepas. Diorang marah sebab diabaikan oleh MP (ahli Parlimen) mereka. Pasal tempat tinggal,” ciapnya.

Sebelum ini, satu kempen mengajak orang ramai untuk mengibar bendera berwarna putih sekiranya memerlukan bantuan tular dalam pelbagai platform media sosial pada Isnin.

Kebanyakan medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati, saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik. – Sinar Harian

Tags: Ahli Parlimen Ampangbendera putihZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd