• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Beri Minuman Keras Kepada Bayi Direman 5 Hari

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memberi minuman keras kepada bayi dalam satu video tular, direman lima hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pekerja sambilan di kedai runcit berusia 19 tahun itu direman sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Mahkamah membenarkan suspek direman lima hari, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 30 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki memberi minuman keras kepada bayi.

Kamarul Rizal berkata, berikutan itu, suspek ditahan di sekitar Teluk Bahang, pada jam 1.30 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan menjadi orang dalam pengawasan polis (OPP) di kawasan berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, Teluk Bahang, pada Mac lalu dan video dipercayai dirakam rakan suspek ketika bayi lelaki itu berusia lima bulan. – BH Online

Tags: arakbayiminuman keras
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

“Adakah ‘Subscription Fee’ Firma Guaman Saya Bayar Digunakan Untuk Hidangan Minuman Keras Itu?”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir mempersoalkan sama ada minuman keras dihidangkan pada satu acara membabitkan...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd