• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 250,000 Dos Vaksin Harian 3 Hari Berturut-Turut

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kapasiti harian pemberian vaksin merekodkan kadar tertinggi apabila hampir 270,000 dos vaksin diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 yang sudah diberikan mencecah lebih 6.8 juta dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sejumlah 268,604 dos diberikan semalam, sekali gus menyaksikan kadar pemberian vaksin mencatat lebih 250,000 dos untuk tiga hari berturut-turut.

Pemberian vaksin harian Malaysia mula melepasi 250,000 buat pertama kali pada Selasa lalu dengan 250,529 dos, disusuli 252,773 pada Rabu dan 268,604 dos semalam.

Kadar tertinggi itu juga dicapai hanya dalam tempoh 10 hari selepas pemberian vaksin harian melepasi 200,000 dos buat kali pertama sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Selain itu, Dr Adham memaklumkan sebanyak 6,823,104 dos vaksin sudah diagihkan di seluruh negara setakat semalam, dengan hampir lima juta individu menerima dos pertama dan hampir 1.9 juta individu mendapat dos lengkap vaksin Covid-19.

“Jumlah individu yang menerima dos pertama ialah 4,924,334 orang atau 15.1 peratus daripada lebih 32 juta populasi negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,898,770 orang pula sudah menerima dos kedua, yang meliputi 5.8 peratus daripada populasi Malaysia,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dikongsi Dr Adham menunjukkan, penduduk Kuala Lumpur adalah yang tertinggi mendapat suntikan dos pertama vaksin.

Kuala Lumpur merekodkan seramai 44.7 peratus atau 792,013 penduduknya sudah menerima suntikan dos pertama, disusuli Putrajaya (35,021/31.8 peratus), Labuan (28,565/28.7 peratus), Sarawak (721,653/25.6 peratus) dan Perlis (59,520/23.4 peratus).

Penduduk Putrajaya pula mendahului penerimaan dos kedua vaksin dengan merekodkan 19.7 peratus atau 21,672 individu, disusuli Labuan (13,445/13.5 peratus), Perlis (31,403/12.3 peratus), Kuala Lumpur (151,632/8.5 peratus), Sarawak (188,852/6.7 peratus) dan Negeri Sembilan (75,908/6.7 peratus). – myMetro Online

Tags: JKJAVPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd