• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 181.6 Juta Kes Positif COVID-19 Global, Korban 3.93 Juta

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 181.6 juta.

Ia berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.64 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.31 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.44 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Argentina dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.40 juta.

Malaysia mencatat lebih 745,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 254,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 4 juta.

Angka kematian global disebabkan pandemik itu kini melebihi 3.93 juta kes susulan ribuan kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 604,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 514,000 kes; India lebih 397,000 kes; Mexico lebih 232,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 58,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 24,000 diikuti Malaysia.

Thailand pula dengan hampir 2,000 angka korban. – Astro AWANI

Tags: Covid-19seluruh dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd