• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWP Laksana Saringan Komuniti Bersasar, Vaksin Bergerak

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melaksanakan dua projek rintis, Saringan Komuniti Bersasar COVID-19 (RTK-Ag) serta Vaksin Bergerak Trak MyMedic@Wilayah Prihatin yang masing-masing akan bermula esok dan Isnin depan.

Program Saringan Komuniti Bersasar COVID-19 (RTK-Ag) menyasarkan sejumlah kira-kira 103,500 penduduk di 27 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalani ujian saringan itu, menjelang hujung bulan depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata seramai 3,000 orang dijangka menjalani ujian saringan berkenaan di Sungai Penchala dan PPR, esok.

“Komuniti PPR dan PA DBKL boleh mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 secara percuma, mudah, cepat serta selamat,” katanya dalam hantaran melalui Twitter, malam tadi.

Annuar berkata, program Vaksin Bergerak Trak MyMedic@Wilayah Prihatin pula akan bermula Isnin depan membabitkan pemberian vaksin kepada 1,000 orang di PPR Muhibbah, Lembah Pantai, diikuti 1,000 pekerja di tapak pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) pada keesokannya.

“Vaksin Bergerak Trak MyMedic@Wilayah Prihatin akan berada di PPR Muhibbah, Isnin depan, untuk 1,000 orang.

“Jika anda adalah kumpulan rentan dan warga emas, datang saja sama ada sudah berdaftar atau tidak, anda akan diberi suntikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pihaknya memandang serius akan peningkatan kes aktif COVID-19 di Wilayah Persekutuan, terutama Kuala Lumpur, menyebabkan projek rintis Saringan Komuniti Bersasar COVID-19 (RTK-Ag) diaktifkan.

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, KWP melalui DBKL serta Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta, akan menjalankan projek rintis saringan di kawasan panas berkepadatan tinggi.

“Langkah itu diambil dengan mewujudkan pusat ujian saringan komuniti COVID-19 jenis RTK-Ag, secara percuma untuk warga Wilayah Persekutuan.

“Usaha itu bagi pengesanan awal kes positif COVID-19, sekali gus mengekang penularan wabak ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, program saringan itu dilaksanakan dalam dua fasa dengan yang pertama membabitkan 50,000 orang dari 15 PPR/PA DBKL terpilih.

Katanya, empat lokasi awal ialah PA Seri Sabah 3A, PA Seri Sabah 3B, PA Seri Pulau Pinang dan PA Seri Kota, dengan saringan dikendalikan sebuah pasukan di setiap PPR/PA membabitkan kapasiti 200 hingga 300 orang disaring sehari. 

“Ia akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan dikawal selia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Antara agensi lain turut terbabit ialah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Jabatan Penerangan Kuala Lumpur dan pasukan sukarelawan yang akan membantu petugas melancarkan proses saringan,” katanya. 

Beliau berkata, projek berkenaan adalah salah satu usaha pencegahan dan kawalan penularan COVID-19 secara bersasar di Kuala Lumpur. 

Katanya, saringan itu juga dilaksanakan secara percuma untuk komuniti Kampung Sungai Penchala selama dua hari kerana mempunyai bilangan warga emas yang agak tinggi.

“Pelaksanaan program ini ialah antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 5.0 untuk kemudahan serta mengurangkan beban warga Wilayah Persekutuan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP, khususnya B40 dan miskin bandar,” katanya. – BH Online

Tags: kementerian wilayah persekutuanujian saringanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd