• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Gesa Ibu Bapa, Penjaga Proaktif Lindungi Kanak-Kanak

oleh
03/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa ibu bapa dan penjaga mengambil tindakan proaktif bagi melindungi kanak-kanak supaya tidak terdedah kepada bahaya jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mereka perlu memantau pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

Beliau menegaskan, KKM memang bimbang dengan situasi penularan wabak itu dalam kalangan kanak-kanak, terutama membabitkan bayi berumur kurang setahun serta kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

“Hanya wakil keluarga dibenarkan membeli barangan keperluan keluarga, sebagaimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini, sekali gus tidak membenarkan anak remaja mengunjungi tempat awam yang sesak serta berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, anak-anak perlu dinasihatkan agar sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul jika terpaksa keluar rumah atas urusan tidak dapat dielakkan seperti ke hospital atau klinik.

“Ibu bapa yang ada bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah serta tidak membawa anak ke tempat berisiko seperti pasar raya, pasar awam dan tempat sesak lain.

“Gunakan pembelian dalam talian bagi membantu mendapatkan keperluan harian,” katanya.

Sebagaimana dimaklumkan KKM, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 82,341 jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tempoh antara 25 Januari 2020 hingga 30 Mei lalu, termasuk 19,851 berumur kurang lima tahun.

Katanya, peratusan tertinggi membabitkan kanak-kanak berumur 13 hingga kurang 18 tahun (33.27 peratus) yang berkemungkinan disebabkan golongan itu lebih banyak bergerak dan menjalankan aktiviti luar.

Sama ada disedari ataupun tidak, beliau menjelaskan, ia membawa risiko jangkitan COVID-19 kepada diri mereka, adik-beradik dan ahli keluarga lain, terutama jika tidak mengikut nasihat diberikan KKM.

“KKM berharap segala maklumat diberi mengenai isu ini dapat menyedarkan semua pihak, terutama ibu bapa dan penjaga mengenai situasi penularan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak.

“Semua pihak, terutama ibu bapa, diminta mengambil berat isu keselamatan serta kesihatan kanak-kanak memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh belum matang. Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2.

“Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. 

“Justeru, ibu bapa dan masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin. Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19kanak-kanakKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd