• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Sembuh COVID-19 Tertinggi Hari Ini

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 yang direkodkan sebanyak 7,749 hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 563,779 atau 87.2 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada masa sama sebanyak 6,849 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 78,864.

Angka terbaharu positif itu menjadikan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia setakat ini sebanyak 646,411.

Selangor mencatatkan 2,558 kes hari ini, disusuli Kuala Lumpur dengan 884; Sarawak (699) dan Negeri Sembilan (685).

Empat daripada kes yang direkodkan hari ini membabitkan kes import manakala 6,845 jangkitan tempatan.

Sebanyak 912 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 458 memerlukan bantuan pernafasan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan sebanyak 84 kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 3,768,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kematian hari ini membabitkan 19 di Selangor, 12 di Sarawak, Labuan (8), masing-masing tujuh kes di Johor dan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (9), masing-masing enam kes di Pahang dan Sabah, Terengganu (3), Melaka (2), serta masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah.

Mangsa berusia antara 27 hingga 87 tahun dan dan kebanyakannya menghidap pelbagai penyakit kronik. Seramai 76 daripada mangsa yang meninggal dunia adalah warganegara dan lapan lagi bukan warganegara.

Selain itu, sebanyak 16 kluster baharu dikesan hari ini membabitkan 12 kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini sejumlah 2,438 kluster jangkitan COVID-19 dilaporkan di negara ini, 1,683 daripadanya sudah ditamatkan manakala 755 kluster masih aktif. – BH Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd