• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Vaksinasi Individu 12 Hingga 17 Tahun

oleh
15/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji pemberian vaksin kepada individu yang berusia 12 hingga 17 tahun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sememangnya perkembangan positif kadar vaksinasi harian memberi keyakinan kepada kerajaan bahawa Pelan Pemulihan Negara dapat dijayakan bersama.

Katanya, kerajaan berjaya memberikan vaksinasi kepada hampir kesemua petugas barisan hadapan, serta lebih daripada 50 peratus golongan yang berusia 60 tahun ke atas telah menerima dos pertama.

“Terkini, kerajaan sedang mengkaji pemberian vaksin kepada anak-anak kita yang berusia 12 hingga 17 tahun.

“Ini kerana lebih ramai yang dilindungi oleh vaksin, semakin longgar kawalan pergerakan yang boleh kita laksanakan.

“Lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dan kita boleh mula beralih secara teratur dan selamat kepada norma kehidupan pra-pandemik. InsyaALLAH,” katanya ketika Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan di beberapa stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Selain itu, beliau berkata, jumlah kes harian Covid-19 negara akan terus mencatatkan penurunan susulan peningkatan kadar vaksinasi dan tindakan kesihatan awam yang masih diteruskan.

“Pengalaman negara-negara lain yang telah meningkatkan kadar vaksinasi di negara masing-masing juga telah menunjukkan penurunan kes-kes harian baharu yang ketara.

“Ini pastinya akan memudahkan kita untuk melaksanakan pelan pemulihan negara yang komprehensif,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: 12 tahunvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd