• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt COVID-19 Menurun 3 Hari Berturut-Turut

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini menurun sejak tiga hari berturut-turut dengan semalam mencatatkan 1.07.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitternya berkata, Rt 1.07 yang direkodkan semalam menurun berbanding 1.09 pada Isnin dan 1.12 pada Ahad lalu.

“Mengikut pecahan negeri pula, semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis mencatat kadar Rt melebihi nilai kebangsaan,” katanya.

Labuan mencatatkan kadar Rt tertinggi iaitu 1.55 walaupun jumlah jangkitan kes baharu harian COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan daripada 166 kes kelmarin kepada 162 kes.

Kadar Rt di Sabah juga didapati tinggi dengan 1.26, diikuti Melaka (1.23) dan Negeri Sembilan (1.22).

Negeri lain yang mencatat kadar Rt melebihi nilai Rt 1.07 ialah Kelantan, Putrajaya dan Perak (1.15), Pahang (1.13), Kuala Lumpur (1.12), Kedah dan Terengganu (1.11), Pulau Pinang (1.10), Selangor dan Sarawak (1.09).

Kadar Rt yang dicatatkan negeri Johor pula adalah 1.08. manakala Perlis pada kadar kosong apabila tiada sebarang jangkitan COVID-19 baharu direkodkan, semalam.

Semalam, Malaysia merekodkan 7,105 kes jangkitan baharu COVID-19, selepas dua hari berturut-turut jumlah kes mencatat penurunan iaitu 6,824 kes, kelmarin dan 6,999 kes pada Ahad lalu.

Sabtu lalu, Malaysia sekali lagi merekodkan angka harian tertinggi jangkitan baharu COVID-19 dengan 9,020 kes.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara kini mencecah 579,462 kes dengan 2,867 kematian.

Negara semalam melaksanakan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu sebagai langkah melandaikan semua keluk penularan COVID-19 yang kembali melonjak sejak awal April lalu.

Sepanjang tempoh penutupan penuh itu, semua aktiviti sosial adalah dilarang manakala bagi sektor ekonomi pula, hanya sebahagian kecil sahaja dibenarkan beroperasi. – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd