• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Sembuh COVID-19 Atasi Kes Baharu

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bilangan kes sembuh harian sekali lagi mengatasi kes baharu apabila sebanyak 7,240 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes pulih adalah 609,935 dengan kadar kesembuhan 89.9 peratus. 

Beliau berkata, setakat tengah hari tadi, sebanyak 5,150 kes positif baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini mencecah 673,026 kes. 

Setakat hari ini, jumlah kes aktif adalah sebanyak 67,949 kes. Bilangan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 924 kes dengan 453 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor hari ini mencatatkan sebanyak 1,914 kes positif hari ini. 

Beliau berkata, ia diikuti Negeri Sembilan dengan 607 kes positif; Sarawak (570) dan Kuala Lumpur (480).

Empat negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang (99); Perak (66); Pahang (57) dan Terengganu dengan 56 kes baharu hari ini.

Pada masa sama, Perlis mencatatkan lapan kes, manakala Putrajaya merekodkan enam kes baharu. 

“Hari ini terdapat 19 kluster baharu, membabitkan 10 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan empat kluster kumpulan berisiko tinggi. 

“Dukacita dimaklumkan terdapat 73 kes kematian dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd