• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Kesan Pula Varian COVID-19 Delta Plus

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Kementerian Kesihatan India semalam memberi amaran kepada negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh mengenai varian COVID-19 baharu dikenali sebagai Delta Plus.

Menurut kenyataan kementerian itu, pihaknya turut merujuk varian COVID-19 Delta Plus itu sebagai varian membimbangkan (VOC), lapor agensi berita Xinhua.

“Berdasarkan penemuan baru-baru ini dari SARS-CoV-2 Genomic Consortia India (INSACOG), Kementerian Kesihatan memberi amaran dan menasihati pihak berkuasa di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh mengenai varian COVID-19 Delta Plus di beberapa daerah di negeri berkenaan.

“Setiausaha Kesihatan sudah memaklumkan kepada ketiga-tiga negeri itu mengenai varian ini ditemui dalam sampel jujukan genom dari daerah Ratnagiri dan Jalgaon di Maharashtra; Palakkad dan Pathanamthitta di Kerala; dan daerah Bhopal dan Shivpuri di Madhya Pradesh,” kata kenyataan itu.

INSACOG ditugaskan bukan hanya untuk mengesan penjujukan genom tetapi juga memberikan input tepat mengenai langkah tindak balas kesihatan awam yang sesuai untuk diguna pakai di negara itu.

Menurut kementerian itu lagi, INSACOG sudah memaklumkan bahawa varian COVID-19 Delta Plus yang pada ketika ini masih lagi di peringkat VOC, mempunyai ciri-ciri meningkatkan penularan, melekat lebih kuat kepada reseptor sel paru-paru dan mengurangkan potensi tindak balas antibodi monoklonal.

Varian COVID-19 Delta Plus, iaitu versi mutan strain Delta yang kali pertama dikesan di India, dijumpai dalam 22 kes di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Pakar kesihatan awam di Maharashtra bimbang baha varian COVID-19 baharu itu berpotensi mencetuskan gelombang ketiga di India.

Varian Delta Plus dianggap sangat berjangkit dan cepat merebak.

Bagaimanapun, Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan India, Rajesh Bhushan, pula mendakwa varian COVID-19 baharu itu ia masih lagi dipanggil varian yang perlu diberi perhatian (VOI) dan bukan VOC. – Agensi

Tags: Covid-19Delta PlusIndiavarian baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd