Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar Diramal...

ALOR SETAR: Air pasang besar dijangka melanda dua daerah di negeri ini sekali...

Boleh Mohon Tak Jalani...

PUTRAJAYA - Individu yang disahkan negatif COVID-19 dan diarahkan menjalani kuarantin wajib selama...

Sultan Johor Pantau Prestasi...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah...

Negatif Covid-19 Hari Ke-4,...

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya ujian...

E-Dompet Ditingkatkan Ke RM150 Di Bawah Program e-Belia

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan golongan belia sebagai penggerak utama dalam usaha memacu dan menjayakan usaha pendigitalan di negara.

Beliau berkata, ia berikutan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai warga digital tertinggi di dunia.

“Warga digital ialah golongan muda yang berumur antara 15 hingga 24 tahun, yang menggunakan internet secara aktif sekurang-kurangnya lima tahun.

“Malah warga ini juga merangkumi 13.4 peratus atau lebih daripada 3.9 juta penduduk Malaysia,” katanya.

Belia berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program e-Belia menerusi perkongsian Facebook Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa.

Hadir sama, Tengku Zafrul; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ketua Pengarah Eksekutif BigPay, Salim Danani; Ketua Pengarah Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah; Ketua Pengarah Eksekutif Touch n Go e-Wallet, Ignatius Ong dan Ketua Pengarah Eksekutif ShopeePay, Alain Yee.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Program e-Belia merupakan inisiatif Belanjawan 2021 yang ditambah baik melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima.

“Ini akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward points).

“Dengan peruntukan sejumlah RM300 juta, program ini dijangka akan memanfaatkan 2 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 ke 20 tahun serta pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.

“Selain itu, ia juga mendorong perniagaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) untuk mula menerima kaedah pembayaran tanpa tunai,” katanya. – Sinar Harian

Kategori