• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Buat Dr Fatihah Dan Keluarga

oleh
08/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri dan anak-anak saya,” kata suami kepada Dr Fatihah Shahrudin, 29, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat dijangkiti Covid-19 dan selamat melahirkan bayi mereka, malam kelmarin.

Sebagai suami dan bapa, kata pekerja swasta berusia 39 tahun yang enggan dikenali itu, baginya doa lebih menenangkan hatinya dan ahli keluarga yang sedang menghadapi dugaan berat apabila disahkan positif Covid-19.

“Sedihnya isteri masih lagi intubasi, bius sepenuhnya. Mungkin dalam hari ini (malam tadi) doktor akan pantau dia, tengok keadaan macam mana.

“Jika keadaannya bertambah baik, harap boleh tanggalkan alat bantuan pernafasan. Itulah harapan saya dan ahli keluarga.

“Doktor cakap macam itulah, kalau isteri tak ada apa komplikasi, dia akan buka alat itu. Memang doktor maklumkan keadaan isteri kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, ketika isterinya yang hamil 29 minggu selamat melahirkan anak ketiga mereka yang juga bayi perempuan, dia dan dua lagi anaknya masih menjalani kuarantin di rumah akibat positif Covid-19.

Katanya, dia dan anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berumur dua tahun bakal tamat kuarantin 11 Jun ini selepas mereka dikesan positif Covid-19, 1 Jun lalu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada saudara dan jiran berdekatan yang membantu menghantar makanan kepada kami.

“Syukur, Alhamdulillah, saya juga amat mengharapkan doa semua rakyat Malaysia untuk kami terutama isteri kembali pulih,” katanya yang bercakap dalam keadaan terbatuk-batuk.

Menurutnya, bayi mereka sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, bapa saudara Dr Fatihah, Mohd Ali Mohd Derus, 48, berkata, anak saudaranya yang kini dalam intubasi pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang, 30 Mei lalu selepas dimaklumkan dijangkiti kuman pada paru-parunya sebelum positif Covid-19 sehari kemudian.

“Pada 3 Jun lalu, dia dipindahkan ke ICU Hospital Kajang sebelum dihantar ke ICU Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lebih rapi,” katanya.

Menurutnya, Dr Fatihah bertugas di Hospital Kajang namun tidak mengendalikan kes berkaitan Covid-19.

“Selain suami dan anak, adik Dr Fatihah serta ibu dan ayahnya juga disahkan positif Covid-19. Tehah (Dr Fatihah) memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga ibu bapanya di Beranang, Selangor disebabkan rumah mereka dekat,” katanya.

Kisah Dr Fatihah sebelum ini dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia selain ramai pengguna media sosial itu turut mendoakan supaya dia dan bayinya selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, mereka sekeluarga tidak putus-putus mendoakan supaya Dr Fatihah dan keluarganya segera pulih dan mengharapkan pandemik ini cepat reda.

“Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua doktor dan petugas barisan hadapan yang terus gagah menyempurnakan tugas merawat pesakit Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Dr Fatihah Shahrudin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Rt COVID-19 Terus Menurun Kepada 0.97

Next Post

Sultan Sharafuddin Terkejut Selangor Dapat Vaksin Tak Seimbang

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Sultan Sharafuddin Terkejut Selangor Dapat Vaksin Tak Seimbang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd