• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Menular Dalam Kalangan Kanak-Kanak

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82,341 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan individu berusia bawah 18 tahun, bagi tempoh antara 25 Januari hingga kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika menyuarakan kebimbangan berhubung penularan jangkitan terhadap golongan sedemikian, berkata 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Katanya, sebanyak 8,237 kes pula merangkumi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun, bagi tempoh sama.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh hingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun.

“Virus COVID-19 kini dalam komuniti. Lindungilah anak-anak kita dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya menerusi Twitter, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam menjelaskan pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan terhadap mana-mana ibu bapa yang ingkar kerana mendedahkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun kepada COVID-19, dengan membawa mereka ke tempat berisiko, termasuk kawasan sesak.

Kertas siasatan itu boleh dbuka atas kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Kesihatan Negara (MKN), memandangkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tiada peruntukan pihak berkuasa boleh berbuat demikian. – BH Online

Tags: Covid-19kanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd