• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Respons Hantaran ‘Tutup Pintu Depan’ Ismail Sabri

oleh
03/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial.

Mohamed Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan, beliau bersama jemaah menteri lain sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat ditangangi bersama.

“Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi.

“Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang telah diberi peranan penting dalam menangani dan menguruskan masalah Covid-19 sejak awal negara kita diserang pandemik ini.

“Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan.

“Ia berjalan dengan baik dan sebagai ahli jemaah menteri, kita memberikan dokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani dan memerangi Covid-19,” katanya dalam Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran dibuat Ismail yang telah menimbulkan spekulasi dan keresahan rakyat.

Respons itu sekali gus menggambarkan tiada timbul isu berlaku pertelagahan antara dua pemimpin kanan kerajaan itu.

Pada Rabu, Ismail Sabri hanya menulis “saya dah tutup pintu depan tapi…”, selain disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.

Meskipun hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, ia telah mengundang spekulasi kononnya mempunyai kaitan dengan kebenaran operasi diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown).

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan kesemua menteri mengambil keputusan secara kolektif.

“Kami sebagai satu pasukan kita selalu mengambil keputusan secara kolektif…kita juga sentiasa ada dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat-mesyuarat lain.

“Ini prinsip yang saya pegang dan saya juga yakin rakan jemaah menteri akan terus berikan dokongan dalam memastikan semua jemaah menteri dapat mainkan peranan secara efektif,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri YaakobMohamed Azmin AliSekatan Pergerakan Penuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

16/11/2022
0

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak menyentuh dan bercakap soal pemilihan parti sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd