PUTRAJAYA – Sebanyak 5,566 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara meningkat ke 627,652 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,524 kes baharu diikuti Sarawak iaitu 707 kes, Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456) dan Sabah sebanyak 350 kes.
Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini termasuk Melaka sebanyak 314 kes, Perak (225); Kelantan (204); Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148) dan Terengganu (106).
“Turut mencatatkan kes adalah Putrajaya dengan 27 kes baharu serta Perlis, satu kes,” katanya dalam Facebook, hari ini. – BH Online


