• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Juta Skrip Kertas Peperiksaan Diperiksa Secara ‘Online’

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencipta sejarah tersendiri daripada pelbagai aspek dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Bukan saja calon perlu menduduki SPM dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat di dewan peperiksaan, tetapi juga pembaharuan daripada segi peperiksaan kertas jawapan yang dibuat secara dalam talian. 

Selain itu, proses pengeluaran keputusan disingkatkan, semakan keputusan dan slip peperiksaan secara dalam talian serta pengedaran sijil SPM juga disegerakan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, penularan jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan kaedah baharu bagi membolehkan calon dapat menduduki peperiksaan dan mendapat keputusan dengan segera.

“Kita tahu bahawa dalam konteks pelaksanaan PKP, pergerakan adalah terhad selain risiko sekiranya guru berkumpul untuk membuat pemarkahan. Maka kita berbincang untuk membolehkan guru pemeriksa membuat pemeriksaan kertas peperiksaan secara dalam talian.

“Buat pertama kali dalam sejarah, semua kertas peperiksaaan SPM diperiksa secara dalam talian kecuali seni visual. 

“Ini merupakan perubahan ke arah kebaikan yang kita laksanakan dalam tempoh singkat tetapi penuh teratur dan terancang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, sebanyak lima juta skrip kertas peperiksaan diimbas dan dimuat naik ke dalam sistem yang disediakan KPM.

Menurutnya, skrip kertas peperiksaan itu boleh diakses oleh semua guru pemeriksa di seluruh negara untuk melaksanakan pemarkahan.

“Alhamdulillah penggunaan kaedah ini mempercepatkan banyak proses namun ia bukan mudah,” katanya.

Peperiksaan SPM yang kebiasaannya diadakan pada November setiap tahun terpaksa ditangguh kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik Covid-19 yang memaksa penutupan sekolah. – myMetro Online

Tags: pandemik COVID-19SPM 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd