• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam ‘FIFA Century Club’

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga bekas pemain kebangsaan merakam pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam ‘FIFA Century Club’ oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi semakan pada laman resources.fifa.com, tiga pemain berkenaan adalah Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan juga Datuk R Arumugam.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan secara rasmi itu, Shukor muncul pemain terbanyak meraih penampilan bersama skuad Harimau Malaya, iaitu sebanyak 163 penampilan bermula dari 1970 hingga 1981.

Mokhtar atau digelar ‘Super Mokh’ menjadi pemain kedua terbanyak beraksi bersama skuad kebangsaan, dengan 138 penampilan dalam tempoh 14 tahun bermula 1972 hingga 1985.

Arumugam yang juga bekas penjaga gol kebangsaan pula menjadi pemain negara ketiga dengan 131 penampilan sejak 1973 hingga 1986.

Sebagai rekod, laman itu menyenaraikan pemain lelaki yang beraksi dalam 100 perlawanan berkelas A ataupun lebih bersama pasukan kebangsaan mereka.

Ketika ini, rekod berkenaan secara rasminya dipegang oleh pemain Mesir, Ahmed Hassan yang tampil dalam 184 perlawanan bersama pasukan kebangsaannya sepanjang tempoh 1995 hingga 2012. – BH Online

Tags: FIFA Century ClubMokhtar DahariR ArumugamShukor Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Jaringan ‘Supermokh’ Dapat Pengiktirafan FIFA

30/06/2021
0

DI SEBALIK kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak...

Mokhtar Pernah Jadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd