• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Tawar, Jual Vaksin COVID-19 RM420 Ditahan

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga individu ditahan dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Brickfields, semalam, selepas disyaki terbabit dalam penawaran penjualan vaksin COVID-19.

Suspek, dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan Bahagian Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata serbuan dilakukan selepas IPD Putrajaya menerima laporan polis daripada Pegawai Penyelidik COVID-19, Immunisation Task Force (CITF) yang mendapat maklumat mengenai aktiviti penjualan vaksin COVID-19.

“Dalam serbuan sama, kami merampas enam telefon bimbit dan beberapa dokumen dan suspek ditahan reman bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Jun 2021.

“Hasil siasatan awal mendapati orang awam dihubungi melalui telefon oleh suspek secara rawak dan menawarkan RM420 bagi dos suntikan vaksin COVID-19.

“Bayaran akan dibuat selepas suntikan diberikan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, Ketua Sekretariat CITF Persekutuan sudah mengesahkan bahawa Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak umntuk menjual vaksin berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menerima tawaran daripada mana-mana pihak yang menjual vaksin COVID-19.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat mengenai kegiatan itu boleh menghubungi Hotline Polis KL di talian 03-21159999 atau Sekretariat CITF (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) di talian 03-88934303. – BH Online

Tags: JKJAVvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd