• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USFDA Lulus Penggunaan Pfizer Untuk Kanak-Kanak

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran ubat-ubatan dan makanan Amerika Syarikat (USFDA) luluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Proses imunisasi bagi golongan kanak-kanak dijangka bermula dalam beberapa hari lagi.

Kebenaran ini bermakna golongan berusia 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan dua dos vaksin berkenaan.

Menurut Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal Pfizer, Dr William Gruber, langkah kritikal selepas ini adalah mendapatikan kelulusan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Kami gembira vaksin ini akan diberikan kepada golongan 12 hingga 15 tahun secepat mungkin, untuk manfaat mereka bagi menghasilkan imuniti kelompok.

“Langkah kritikal selepas ini adalah medapatkan kelulusan CDC.

“Ini merupakan vaksin yang patut disarakan dan mereka akan tentukan jika vaksin ini patut diberi kepada semua atau untuk keadaan tertentu sahaja.

“Harapan kami adalah ia akan digunakan bagi golongan berusia dari 12 hingga 15 tahun,” katanya.

USFDA mengisytiharkan vaksin pfiser sebagai selamat berdasarkan ujian ke atas 2,000 sebelum ini.

Kajian mendapati golongan usia berkenaan menghasilkan antibodi lebih tinggi daripada golongan dewasa.

Dengan kelulusan ini, Pfizer kini mohon kebenaran sama daripada Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain.

Pemberian vaksin bagi kumpulan umur lebih muda bagaimanapun masih dalam kajian. – Agensi

Tags: kanak-kanakPfizer-BioNTechUSFDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.