Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Khamis Ini Undi Penentu...

PADA Khamis tanggal 24 Januari ini akan menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat...

Korea Selatan Buru Pengasas...

SEOUL – Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap...

Boling Padang: Berpasangan Lelaki...

SKUAD boling padang negara meraih emas keempat dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur...

Video Lucah: Azmin Belum...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan...

Suspek Utama Kes Bunuh Maut Terjun Kondo

SHAH ALAM – Suspek utama kes pembunuhan seorang pelajar kolej di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada Khamis lalu maut selepas terjun dari tingkat 26 kondominium berkenaan, petang semalam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata sebelum kejadian itu, suspek yang berusia 24 tahun dibawa ke kondominium itu untuk menunjukkan beberapa bahan bukti kes pembunuhan terbabit. 

“Suspek diiringi seorang pegawai kanan dan tiga anggota, sempat menunjukkan topi yang digunakannya semasa kejadian bunuh berlaku malah turut mendakwa terdapat beberapa barangan di balkoni kondominium berkenaan. Suspek ketika itu digari di hadapan kerana ada kecederaan dan menerima lebih 100 jahitan akibat pergelutan dengan mangsa. 

“Ketika dalam rumah berkenaan, suspek secara tiba-tiba merentap (melepaskan) tangan anggota sebelum berlari serta melompat dari balkoni berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, susulan kejadian itu, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian anggota polis mengawal tahanan. 

Ditanya adakah pegawai dan anggota berkenaan akan digantung tugas akibat kecuaian berkenaan, beliau memaklumkan ia perlu melalui proses dan siasatan mengikut prosedur ditetapkan. 


“Bagaimanapun, memandangkan suspek utama sudah meninggal dunia, kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Mahkamah Koroner,” katanya. 

Semalam, media melaporkan seorang pelajar kolej berusia 24 tahun maut ditikam berkali-kali sebelum mayatnya dicampak melalui balkoni di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada Khamis lalu. 

Mangsa warga tempatan itu disyaki dicampak dari tingkat 26 dan mayatnya dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat dua bangunan bersebelahan yang dalam proses pembinaan. 

Suspek kemudian ditahan di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Subang Jaya sekitar jam 4.25 petang, Ahad lalu dan direman tujuh hari bermula Isnin. – BH Online

Kategori