• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Tak Statik, Dinamik Ikut Situasi Pandemik COVID-19

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara adalah tidak statik, sebaliknya bersifat dinamik dan keputusan untuk dilaksanakan atau tidak sekatan pergerakan atau “lockdown” ditetapkan mengikut situasi pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SOP berubah-ubah kerana situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang berubah. 

“Kita tidaklah statik (mengenai SOP PKP). Dinamik, ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat adjustment (penyesuaian) untuk menangani situasi yang berbeza-beza. Contoh (sebelum ini) dibenarkan restoran menerima pelanggan masuk makan, kemudian tidak boleh pula.

“Saya minta maaf kalau ada yang agak keliru. Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menentukan (SOP) itu. Bukan dibuat sendiri. Ia melalui rundingan. SOP tidak dibuat oleh MKN sewenang-wenang,” katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan RTM dan Bernama TV malam tadi.

Muhyiddin berkata, beliau memahami rungutan rakyat yang melihat seolah-olah SOP berubah-ubah, namun ia disebabkan situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang berubah. 

Perdana Menteri menegaskan, pelaksanaan SOP diputuskan dalam mesyuarat yang turut dihadiri Peguam Negara bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, untuk meneliti SOP berkenaan yang kemudiannya akan diwartakan sebelum dikuatkuasa dan diumumkan supaya semua pihak mengetahuinya.

“Kalau tidak faham juga boleh tanya dan kita sudah minta menteri-menteri untuk beri penjelasan, pegawai-pegawai beri penjelasan. Pemimpin komuniti yang ada program pemerkasaan pun sudah diberi penerangan supaya mereka bantu menjelaskan situasi dan keadaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meminta mengubah SOP kerana kuasa terletak kepada Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Mengenai ketidakpatuhan SOP, Perdana Menteri berkata, setiap tindakan yang diambil mestilah bersandarkan undang-undang, jika yang berlaku adalah sebaliknya, seseorang yang dikenakan tindakan SOP boleh mencabar tindakan itu.

“Kalau ada orang buat kesalahan, kita (kerajaan) hendak ambil tindakan untuk dia dikenakan hukuman. Macam kes-kes sekarang. Selebriti ke, siapa ke. Saya tak nak sebut nama, ia mesti bersandar undang-undang.

“Apa kuasa hendak tangkap atau kenakan kompaun RM10,000? Pasal itu, SOP bersandarkan undang-undang dan diwartakan. Kalau tidak diwartakan, tidak sah. Ini cerita yang tidak ramai orang tahu. Sebab itu kalau kerajaan buat keputusan hendak buat SOP, selagi tidak diwartakan ia belum boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan individu yang ‘kebal’ dan kewujudan dua darjat dalam penguatkuasaan SOP, Muhyiddin berkata, tidak ada berat sebelah (double standard) dalam dasar kerajaan.

“Kerajaan tidak kira siapa. Menteri ke Perdana Menteri, siapa yang melanggar (SOP) dan memang nyata ada bukti-bukti ikut undang-undang, maka mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman, kompaun, charge (pendakwaan) dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, dengan jumlah 30 juta penduduk Malaysia, pihak berkuasa juga tidak dapat memantau jumlah yang begitu ramai itu dan ada yang akan dilihat seolah-olah terlepas dari hukuman. 

Oleh itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya mengelak daripada melakukan kesalahan melanggari SOP kerana ia dibuat bukan untuk menyekat kebebasan termasuk hak asasi manusia.

Beliau juga meminta rakyat supaya memberi kerjasama dengan mematuhi SOP demi untuk menjamin kesejahteraan semua. – BERNAMA

Tags: lockdownMuhyiddin Yassinpandemik COVID-19SOP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Jawab Jkom

Next Post

Anjing Hidu Virus Covid-19 Guna Peluh

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

Next Post

Anjing Hidu Virus Covid-19 Guna Peluh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd