• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Parit Raja: 7 Lagi Individu Ditahan

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan berhubung demonstrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘kerajaan gagal’ di Parit Raja di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tujuh individu berusia 19 hingga 23 tahun terbabit direman selama tiga hari bermula Selasa.

“Polis menahan tujuh lagi individu yang dipercayai memainkan peranan dalam rusuhan tersebut. Mereka yang disambung reman itu juga dipercayai berperanan sama ada membuat dan menggantung kain rentang serta membakar suar.

“Mengenai penglibatan dalang dalam rusuhan tersebut, ia masih dalam siasatan. Jika ada perkembangan akan dimaklumkan.

“Sejauh mana dalang atau ada individu lain di belakang kumpulan ini perkara itu akan disiasat terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Selasa.

Menurut Ayob Khan, tujuh individu yang ditahan sebelum ini dipercayai terlibat dalam rusuhan akan disambung reman tiga hari lagi.

Pada Isnin, tujuh daripada 20 individu yang ditahan sebelum ini disambung reman tiga hari selepas tempoh reman tamat pada Isnin.

Khamis lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menjalankan siasatan berhubung rusuhan membabitkan pembakaran suar dan kain rentang ‘kerajaan gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat, tular di media sosial.

Seramai 20 individu yang merupakan penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung rusuhan itu.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 144, 269 dan 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan. – Sinar Harian

Tags: demonstrasi jalananParit RajaRusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd