• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rt COVID-19 Di 11 Negeri Melebihi Purata Kebangsaan

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 melebihi purata kebangsaan semalam.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook awal pagi tadi menunjukkan, nilai Rt Malaysia mencatat sedikit peningkatan kepada 1.06 semalam berbanding 1.05 kelmarin, namun 11 negeri mencatat Rt antara 1.08 hingga 1.26.

Pahang mencatatkan Rt tertinggi semalam dengan 1.26, disusuli Kedah (1.24), Perak (1.22), Terengganu (1.22), Putrajaya (1.16), Negeri Sembilan (1.16), Selangor (1.14), Johor (1.13), Melaka (1.12), Pulau Pinang (1.09) dan Kuala Lumpur (1.08).

Tiga negeri pula mencatat Rt terendah semalam iaitu Sabah (0.93), Kelantan (0.93) dan Sarawak (0.97), manakala Labuan dan Perlis masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Nilai R0 merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin besar nilai itu, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai R0 adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Data dikongsi Dr Noor Hisham juga menunjukkan, trend kes harian ketika ini sedikit menurun berbanding sebelum ini, namun jumlah kes harian dicatatkan sejak tujuh hari lalu masih tinggi, iaitu antara 3,700 hingga lebih 4,800.

Kes harian mula mencatat lebih 3,000 sejak 28 April lalu, sebelum mula mencecah lebih 4,000 pada 7 Mei lalu.

Berdasarkan trend semasa penularan pandemik itu di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan kes harian berisiko menghampiri 9,000 sehari menjelang awal bulan depan jika Rt kebangsaan meningkat kepada 1.2. – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd