• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Berang Sukar Akses Tempahan Vaksin AstraZeneca

oleh
26/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai pihak meluahkan perasaan tidak puas hati dan berang kerana sukar mengakses sistem pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca untuk rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun yang dibuka, hari ini.

Kebanyakan mereka mengadu gagal memperoleh akses sejak tempahan dibuka mulai jam 12 tengah hari, yang berkemungkinan disebabkan faktor trafik tinggi.

Malah, ramai yang memaklumkan selepas berjaya menembusi sistem, kebanyakan slot sudah penuh walaupun ruang tempahan masih bertanda hijau.

Kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi, semakan mendapati sistem tempahan itu ditutup.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan melalui laman Twitter, lebih 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat, setakat kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

“Kami maklum masih ada yang tidak boleh berbuat demikian. Sila cuba lagi sebentar nanti,” katanya.

Tinjauan BH menerusi Twitter juga mendapati, butang pilihan negeri juga sukar ditekan dan apabila berjaya, slot pilihan tarikh telah penuh, meskipun sistem dapat diakses sejurus kembali pulih kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan rungutan netizen, antaranya:

“Tekan negeri pon tak lepas” – @saufiadzeli1

“Apehal tak boleh click negeri???” – @apikipa_

“Tak boleh tekan button state ni. Tolonglah” – @aliahmaisarah99

“Semua slot penuh memanjang Loudly“ – aliahmaisarah99

“Buang masa menunggu sedia menunggu dari jam 11 pagi, jam 1 pun tak lepas lagi” – Jor67e

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin COVID-19 AstraZeneca akan diberi keutamaan kepada orang ramai di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri, Sarawak.

Beliau memaklumkan, sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan bagi pusingan kedua Pelawaan Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) susulan penghantaran vaksin pada 21 Mei lalu dan satu lagi dijadualkan pada hujung bulan ini. – BH Online

Tags: AstraZenecavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd