Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Dikhuatiri Lemas...

PASIR SALAK - Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun dikhuatiri lemas...

Saudi Tahan Imam Mahdi...

MAKKAH - Indonesia berharap jemaah umrah negara itu yang ditahan akan dibebaskan tidak...

Suri Rumah Cedera Ditetak...

KULIM - Seorang wanita berusia 40-an cedera di pergelangan tangan kanannya selepas ditetak...

Persatuan, Industri Vape Sokong...

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dan pemain industri vape serta e-rokok menyatakan sokongan usaha...

Polis Nafi Nur Sajat Ada Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan dakwaan bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa, didakwa kini berada di bandaraya ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad, berkata pemeriksaan sudah dilakukan di lokasi usahawan kosmetik itu didakwa berada iaitu premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU) selain kondominium mewah di Danga Bay, semalam. 

“Namun tiada langsung kelibat Muhammad Sajjad dikesan di dua lokasi berkenaan. 

“Saya harap netizen jangan layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain lebih-lebih lagi sekarang ini isu COVID-19 lebih penting.

“Kalau nampak depan mata barulah maklumkan polis. Jika tidak, netizen tak perlu mereka-reka cerita yang membuang masa dan polis,” katanya ketika dihubungi. 

Semalam, Nur Sajat, 36, yang diburu pihak berkuasa, dilaporkan didakwa kini berada di Johor Bahru.

Dakwaan itu tular di beberapa kumpulan Facebook negeri ini, sejak kelmarin. 


Ia selepas Nur Sajat memuat naik lokasi kononnya sedang berada di premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU), di akaun Instagram miliknya, semalam.

Seorang netizen kemudian mendakwa Nur Sajat sememangnya berada di Johor Bahru dan menetap bersama beberapa pekerjanya di sebuah kondominium mewah di bandaraya ini.

Ia hasil pemerhatian netizen berkenaan terhadap latar belakang video yang dimuat naik di akaun Tik Tok Nur Sajat, yang menyamai reka bentuk dan susun atur sebuah kondominium mewah terkenal di sini.

Pada 26 April lalu, beberapa media melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu. – BH Online

Kategori