• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Katil ICU Cecah 83 Peratus

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem kesihatan negara berhadapan tekanan besar termasuk penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19 di seluruh negara mencecah tahap 83 peratus setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri yang mencatat kadar penggunaan tinggi antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah.

Beliau berkata, turut mencatat penggunaan melebihi 70 peratus termasuk Putrajaya, Sarawak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Dr Noor Hisham turut menggesa majikan memberi kebenaran kepada kakitangan untuk bekerja dari rumah selain mengehadkan bilangan mereka ke pejabat pada satu-satu masa.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan jumlah pemberian vaksinasi COVID-19 harian bagi Mei merekodkan angka tertinggi dengan 83,648 dos kelmarin.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah itu membabitkan angka bagi individu yang sudah melengkapkan suntikan dua dos iaitu 33,926, manakala suntikan satu dos ialah 49,722.

“Jumlah ini akan meningkat apabila lebih banyak bekalan vaksin diterima nanti,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

Sebanyak 6,806 kes baharu dan 59 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik menular dalam negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,967 kes atau 43 peratus dilaporkan di Lembah Klang. – BH Online

Tags: Covid-19Katil ICU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd