• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dituduh Bunuh, Liwat Bayi

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah pangsa di Kelana Jaya, bulan lalu. 

Tertuduh Mohamed Badruldin Mohamed, 36, dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang di sebuah unit blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai, Jalan PJU 1A/42 di sini pada 27 April lalu. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Sementara itu, dalam pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula, tertuduh didapati melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebat. 

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. 

Semalam, BH melaporkan bayi lelaki yang meninggal dunia disahkan diliwat suami pengasuhnya sehingga mengalami kesan pendarahan dan koyakan di bahagian dubur. 

Dalam laporan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek lelaki berusia 36 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah. 

Ketika kejadian suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi itu dalam bilik dikunci selama dua jam, sebelum menemukan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh lelaki itu yang mengaku pengasuh bayi terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam. 

Katanya, selain beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa dipercayai akibat dimasukkan benda tumpul, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan. – BH Online

Tags: bayi lelakimeliwatMembunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

25/04/2025
2

KOTA KINABALU: Dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg berwarna hijau. Itulah nasib bayi lelaki yang ditinggalkan di tangga...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd