• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran Vaksin COVID-19 Beberapa Negeri Masih Rendah

oleh
31/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sabah menjadi negeri terendah dalam pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila sekadar merekodkan sebanyak 18.88 peratus setakat ini.

Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah keseluruhan 12,117,091 yang sudah mendaftar di seluruh negara, Sabah hanya mencatatkan seramai 553,828 individu berbanding sasaran populasinya dan berada dalam kategori merah.

Laman berkenaan boleh diakses menerusi www.vaksincovid.gov.my.

Kelantan menjadi negeri kedua terendah apabila merekodkan 34.05 peratus atau bersamaan 419,425 individu yang sudah mendaftar menerusi PICK diikuti Pahang dengan sebanyak 39.61 peratus atau seramai 487,895 individu.

Kedua-dua negeri berkenaan berada dalam kategori jingga.

Putrajaya pula mencatatkan kadar pendaftaran 100 peratus apabila seramai 67,214 penduduknya sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi.

Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 68.45 peratus diikuti Selangor (66.76 peratus), Sarawak (59.21 peratus), Pulau Pinang (57.49 peratus) dan Negeri Sembilan (55.89 peratus).

Labuan (55.85 peratus), Melaka (53.46 peratus), Johor (52.63 peratus), Perlis (44.09 peratus), Perak (44.07 peratus), Kedah (41.27 peratus) dan Terengganu (40.30 peratus). – BH Online

Tags: ImunisasiPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd