Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

30 Kru Filem Terperangkap...

GOPENG: Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat...

Agong Sempurnakan Istiadat Dewan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan...

Permaisuri Agong Kurnia Sumbangan...

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan...

KTMB Jual 333,000 Tiket...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 333,000 tiket sempena Aidilfitri...

Pemberian Vaksin AstraZeneca Dimasukkan Dalam PICK

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk kembali memasukkan AstraZeneca dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehubungan itu, kaedah pemberian vaksin AstraZeneca tidak lagi diteruskan secara sukarela, sebaliknya ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh akan datang.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata masyarakat kini sudah tidak lagi meragui vaksin AstraZeneca dan ia diterima baik dalam kalangan rakyat di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya sedang melihat kemudahan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 dikehendaki yang mungkin diberikan kepada orang ramai melalui MySejahtera yang akan dikemaskini dalam tempoh terdekat.

“Kalau kita melihat kepada keputusan kaedah sukarela ini, ia dibuat apabila ada keengganan dalam kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca.

“Ia disebabkan beberapa berita mengaitkan vaksin ini dengan kes pembekuan darah. Maka, kaedah sukarela dibuat berdasarkan keputusan ‘inform decision’ oleh individu terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari. – BH Online

Kategori