• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa, Suami Beri Keterangan Selama 4 Jam

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sejak jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pasangan itu diambil keterangan susulan tular gambar dan video mereka di media sosial yang dikatakan berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Borong Nilai 3, Nilai.

“Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai permaidani turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dikemas kini.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung fakta isu ini,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Neelofa dan suaminya didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dikatakan merentas negeri ke Nilai dekat sini pada Ahad lalu.

Gambar selebriti itu dan suaminya tular dalam media sosial ketika berada di sebuah kedai menjual permaidani dipercayai di Nilai.

Sebelum ini, Neelofa tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama Muhammad Haris.

Dalam pada itu, Mohd Fazley berkata, siasatan terhadap pasangan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BH Online

Tags: Neelofanilai 3PU Rizrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

22/02/2025
0

NILAI - Kebakaran yang berlaku di kedai karpet di Nilai 3 pada Jumaat telah 95 peratus berjaya dipadamkan. Ketua Balai...

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd