• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Cuti Sakit, Perbicaraan Kes 1MDB Ditangguh

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguhkan hari ini, susulan bekas Perdana Menteri itu cuti sakit selepas menjalani pembedahan mata, Khamis lalu.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu ketika prosiding bermula pada jam 10.20 pagi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Hakim kemudian membenarkan Najib diberikan cuti sehari dan mengarahkan mahkamah bersidang pada jam 9.30 pagi esok.

Terdahulu, hakim bertanya kepada peguam, sama ada perbicaraan kes berkenaan dapat diteruskan esok dan Muhammad Shafee menjawab penglihatan Najib masih kurang jelas, malah beliau juga tidak dapat menandatangani sebarang cek.

Hakim: Mungkin kita boleh bersidang esok untuk kes ini. Beri dia cuti hari ini, esok kita boleh bersidang…Esok kita bertemu di sini seperti biasa dan jika keadaan hematoma pulih, kita boleh teruskan.

Muhammad Shafee: Beliau (Najib) mempunyai ketidakupayaan sementara dan tidak mempunyai penglihatan jelas, malah tidak dapat menandatangani cek.

Mendengar penjelasan itu, hakim memaklumkan Najib boleh duduk di mahkamah esok.

Perbicaraan kes di mahkamah hari ini, sepatutnya bagi mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd