• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perak dijangkiti COVID-19

oleh
19/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif COVID-19 dan kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu, selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta maklum balas mengenai mesej yang viral menerusi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu. 

Mesej itu antara lain menyatakan Harussani disahkan positif COVID-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, namun dalam keadaan beliau masih sedar. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, melalui hantaran di Facebook beliau pada 12 Mei lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

“Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif COVID-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun Ipoh. 

“Sama-sana kita berdoa agar Allah pelihara kedua-dua insan yang kita kasihi ini,” tulisnya. – BH Online

Tags: Covid-19Harussani ZakariaMufti Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1 Juta Kanak-Kanak Di Gaza Terkesan Konflik Berterusan

Next Post

Covid-19: Nafi Laporan Mengenai ‘Varian Singapura’

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Covid-19: Nafi Laporan Mengenai 'Varian Singapura'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd