• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Tepi Jejantas

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai ditinggalkan sejak dua hari lalu ditemukan di tepi Jejantas Jalan Jepun, Kampung Delek, Taman Muhamad Yamin, di sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang dalam keadaan dihurung semut itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan wanita berumur 22 tahun.

“Pada 6.12 petang itu, polis menerima aduan oleh seorang wanita yang menemui mayat seorang bayi di tepi jejantas berkenaan.

“Menurut wanita itu, dia menjumpai mayat bayi berkenaan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Sungai Sireh dari tempat kerja di Sungai Jati. 

“Pada awalnya, wanita terbabit nampak suami isteri berada di lokasi, dan memberitahu ada mayat bayi, tetapi tidak menghubungi polis, lalu wanita itu menghubungi MERS 999 memaklumkan penemuan mayat bayi itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati, tempat kejadian adalah bahagian bawah jejantas motosikal Jalan Jepun di tepi landasan kereta api. 

“Jarak kawasan perumahan dengan tempat kejadian adalah 100 meter (m) dan jarak dari landasan kereta api kira-kira 10 m,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kesan kecederaan ketika pemeriksaan awal pada tubuh badan bayi itu. 

“Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang hadir ke tempat kejadian mendapati bayi lelaki cukup sifat, panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat. 

“Bayi itu dipercayai dibuang ke lokasi kejadian kira-kira dua hari dan dalam keadaan dihurung semut. 

“Polis juga masih menyiasat sama ada bayi itu masih hidup atau sudah meninggal ketika ditinggalkan di situ,” katanya.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan pada 2 petang hari ini.

Pada masa sama katanya, siasatan dan usaha mengesan suspek diteruskan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: bayi lelakiMayat Bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

25/04/2025
2

KOTA KINABALU: Dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg berwarna hijau. Itulah nasib bayi lelaki yang ditinggalkan di tangga...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd