• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makin Ramai Masyarakat Antarabangsa Kecam Yahudi!

oleh
20/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meneruskan agenda memastikan Palestin diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah negara melalui pelbagai kaedah diplomasi di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, usaha ke arah itu perlu dipergiatkan memandangkan ketika ini sudah timbul gerakan kesedaran di seluruh dunia yang menganggap serangan Israel ke atas Palestin sebagai satu jenayah yang amat berat.

“Di Amerika Latin, Eropah mahupun di Amerika Syarikat (AS) sendiri, ada demonstrasi bukan hanya dalam kalangan orang Islam sahaja. Anggota parti Demokrat (AS) sendiri pun membuat kenyataan terbuka menentang pendirian Presiden (Joe) Biden yang dilihat terlalu lembut kepada Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan tidak mengambil perhatian langsung kepada hak asasi manusia.

“Suasana sekarang amat kondusif untuk diperluaskan naratif baharu supaya matlamat kita tercapai,” katanya dalam program Bicara Naratif bertajuk “Solidariti Malaysia Untuk Palestin” semalam.

Menurut Kamarudin, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam akan menyuarakan pendirian bersama sekali lagi pada sidang khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadualkan pada Khamis (hari ini) bagi menyelesaikan konflik berterusan Palestin-Israel.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk tetap tegas mempertahankan garis sempadan “penyelesaian dua negara” berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Herizal Hazri turut menarik perhatian bahawa provokasi yang dilakukan Israel dengan menghalau rakyat Palestin dari Sheikh Jarrah dan serangan ke atas jemaah yang beribadat di Masjid Al-Aqsa adalah satu helah Netanyahu.

Tindakan beliau itu adalah untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Israel selepas gagal menubuhkan Kabinet selain isu rasuah di dalam partinya, Parti Likud.

Provokasi seolah-olah sengaja dicipta untuk mendapatkan serangan balas daripada Hamas yang seterusnya menyebabkan konflik lebih besar.

“Netanyahu tidak dapat sokongan seperti mana yang dia mahukan di Israel. Jadi dengan menakutkan-nakutkan rakyat Israel dengan serangan Hamas, jadi rakyat Israel akan lebih cenderung kepada parti dia yang menampakkan bahawa dia seolah-olah boleh menyelamatkan rakyat Israel,” katanya. – BERNAMA

Tags: IsraelPalestinYahudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

12/11/2025
0

OLEH MYNEWSHUB Kuala Lumpur, 11 November — Republik Islam Iran dilaporkan sedang membangunkan keupayaan ketenteraan baharu yang mampu melancarkan sehingga...

Bekas Pegawai Israel Disiasat Bocor Video Penderaan Tahanan Palestin

Bekas Pegawai Israel Disiasat Bocor Video Penderaan Tahanan Palestin

04/11/2025
0

TEL AVIV – Bekas penasihat undang-undang tertinggi Tentera Israel (IDF), Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, kini berdepan siasatan polis selepas didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd