• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTAT Umum Dividen 3.5 Peratus Bagi Tahun 2020

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 2.5 peratus pada tahun 2019.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, LTAT mampu mengisytiharkan peningkatan dividen bagi 2020 berikutan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM229 juta berbanding RM92.8 juta pada 2019.

“Saya berpuas hati dengan keputusan dicapai LTAT bagi tahun 2020, lebih-lebih lagi ia dicapai di sebalik persekitaran ekonomi mencabar susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergolakan ekonomi dan turun naik pasaran pada 2020,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, faktor penyumbang utama kepada pencapaian lebih baik tahun lalu susulan kejayaan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi menerusi Pelan Transformasi LTAT.

“Ini membolehkan LTAT mencatatkan peningkatan keuntungan tertahan sebanyak RM287.5 juta selepas bayaran dividen berjumlah RM310.7 juta, berbanding keuntungan tertahan sebanyak RM63.5 juta pada 2019,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sedar kebajikan terutama anggota tentera yang sedang berkhidmat harus terus menjadi keutamaan.

“Oleh itu, kami berbesar hati menyokong LTAT bagi memastikan peningkatan dividen bagi tahun itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, LTAT akan terus memperkasakan prospeknya melalui pelan transformasi sedang digiatkan dengan menumpu kepada pengukuhan dan pengimbangan semula portfolio pelaburannya.

Pada masa sama, katanya, agensi itu menambah baik struktur organisasi, pengurusan risiko, amalan tadbir urus korporat dan pembangunan sumber manusia.

“Tabung kini berada dalam tahun ketiga perjalanan transformasi ini, yang mana 41 dan 53 inisiatif berjaya dilaksanakan masing-masing pada 2019 dan 2020.

“Tambahan 77 inisiatif lagi akan dilaksanakan pada 2021 dengan matlamat memperkukuh operasi dan prestasi kewangan LTAT serta anak syarikatnya,” katanya.

Ismail Sabri berkata, tahun ini LTAT memulakan proses penstrukturan semula portfolio pelaburannya secara berperingkat dengan fokus kepada instrumen pendapatan tetap dan mempertingkatkan pelaburan ekuiti awamnya.

Sehingga 31 Disember 2020, aset di bawah pengurusan LTAT berada pada RM9.6 bilion. – BERNAMA

Tags: DividenLTAT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd