• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10 Juta Individu Sudah Daftar PICK

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10,182,880 individu sudah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sehingga semalam juga seramai 1,186,999 sudah menerima suntikan vaksin di 382 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

Berdasarkan infografik yang dikongsikannya, beliau berkata, Putrajaya mencapai rekod 100 peratus pendaftaran program berkenaan membabitkan 59,086 individu mendaftar.

Bagaimanapun, menurutnya, Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi dengan 2,629,233 individu diikuti Johor (1,222,964) dan Sarawak (1,132,056).

Turut direkodkan ialah Kuala Lumpur dengan 820,863 individu berdaftar, Perak (730,755), Pulau Pinang (683,123), Kedah (548,147), Sabah (490,895), Negeri Sembilan (408,485), Pahang (402,007), Kelantan (341,651), Melaka (323,497), Terengganu (283,496), Perlis (68,954) dan Labuan (37,668).

Selain itu, Adham berkata, Selangor turut mencatatkan penerima suntikan vaksin tertinggi iaitu seramai 155,756 individu, manakala Kuala Lumpur pula dengan 141,087 individu.

Seramai 121,756 individu menerima suntikan vaksin di Sarawak diikuti Perak (105,700), Johor (100,163), Sabah (92,382), Pahang (79,764), Pulau Pinang (72,572), Kedah (72,100), Kelantan (57,017), Negeri Sembilan (56,728), Terengganu (51,176), Melaka (36,410), Perlis (19,045), Labuan (12,816) dan Putrajaya (12,527).

Orang ramai boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web atau secara manual untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari membabitkan 500,000 petugas barisan hadapan.

Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU), manakala fasa ketiga membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang. – myMetro Online

Tags: ImunisasiPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ini Hasilnya Dalam Tempoh 4 Bulan Darurat+PKP2.0 – Najib

Next Post

47 Kematian Mangsa Covid-19 Hari Ini, Rekod Tertinggi

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

47 Kematian Mangsa Covid-19 Hari Ini, Rekod Tertinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd