• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Haji Tahun Ini, Malaysia Tunggu Keputusan Arab Saudi

oleh
07/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung keputusan larangan jemaah luar negara mengerjakan haji bagi tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya akan cuba mendapatkan maklumat berhubung perkara itu daripada Kerajaan Arab Saudi, tetapi tidak dapat menjangka berapa lama keputusan akan diperoleh mengenainya.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang maklumat berhubung larangan mengerjakan haji tahun ini daripada Arab Saudi, Insya-Allah saya akan dapatkan keputusan itu dan umumkan dalam masa terdekat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Dana Maybank Mixed Assets-I Wakaf kerjasama antara Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Maybank Asset Management dan Maybank Asset Management Sdn Bhd, Datuk Idris Kechot; Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin; Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Asset Management Sdn Bhd, Ahmad Najib Nazlan serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abd Aziz Jusoh.

Pada majlis berasingan, Zulkifli turut menyampaikan sumbangan raya kepada 100 penghantar makanan sempena Program Ihya Ramadan bersama Food Riders Putrajaya. 

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk melarang jemaah haji luar negara mengerjakan haji tahun ini berdasarkan kemunculan varian baharu COVID -19 pada peringkat global hingga mengundang kegusaran kerajaan negara itu untuk membuka pintu masuk kepada jemaah luar negara.

Mengulas pelancaran program wakaf itu, Zulkifli berkata, kerajaan komited memperkasakan pengurusan wakaf dengan memberi penekanan terhadap peranan wakaf sebagai sebahagian agenda inklusif kerajaan melalui kerjasama YWM dengan agensi Kerajaan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). 

Katanya, dengan wujudnya pelbagai kerjasama dalam memperkasa wakaf, tidak mustahil wakaf boleh dijadikan sektor ketiga negara yang menjadi pelengkap kepada sektor awam dan swasta. 

Dana Maybank Mixed Assets-I Wakaf adalah produk pelaburan dana Islam runcit patuh syariah pertama ditawarkan Maybank Asset Management Sdn Bhd, manakala dana wakaf tunai yang keempat diuruskan YWM.

Sementara itu, Zulkifli menafikan dakwaan warga net bahawa beliau tidak menumpu kepada kerja pentadbiran agama Islam, sebaliknya menjalankan kerja kebajikan.

Katanya, beliau masih menghadiri mesyuarat kementeriannya setiap hari dan pihak terbabit boleh merujuk kepada jadual hariannya. 

“Kita juga mempertingkat pentadbiran di kementerian termasuk menyelesaikan banyak masalah berhubung pelbagai perkara,” katanya. – BH Online

Tags: Arab SaudiHaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd